Bahasa Mandarin menjadi bahasa yang semakin penting di persada dunia. Bukan sahaja penduduk di negara China dan Taiwan yang menggunakan bahasa Mandarin untuk berkomunikasi, namun sebahagian besar penduduk di Hong Kong, Singapura dan Malaysia juga berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.
Disebabkan penggunaannya yang semakin meluas, maka kami menerbitkan buku 'Perbualan Asas Mandarin Trilingual' ini untuk dijadikan rujukan kepada semua golongan yang ingin mempelajari bahasa Mandarin. Penggunaan perkataan, frasa dan ayat yang mudah dapat membantu pembaca mempraktikkan penggunaan bahasa Mandarin dalam perbualan harian mereka.
Setiap perkataan di dalam buku ini juga diletakkan tanda bagi membezakan nada Hanyu Pinyin, yang mana bunyi atau nada sebutan sesuatu perkataan Mandarin itu akan memberikan maksud yang berbeza.
Install this School2u Mall on your : tap and then Add to Home Screen